Wednesday, July 9, 2008

Eddie Hamid Rosakkan Irama Rock


Muzik rock merupakan muzik yang kreatif dan indah bagi penggemar-penggemar muzik tempatan mahupun antarabangsa. Era 80an telah menunjukkan betapa muzik rock ini mendapat tempat di kalangan masyarakat dengan penghasilan muzik dan lirik yang berkualiti. Walaupun mempunyai pengaruh yang kuat daripada barat tetapi muzik rock di Malaysia masih mempunyai identiti sendiri. Eddie Hamid merupakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Segalanya Telah Berakhir' dan juga komposer lagu yang agak tekenal di Malaysia. Lagu ciptaan beliau banyak mendapat kritikan daripada komposer-komposer dan juga peminat muzik tanahair. Sehinggakan lagu ciptaan beliau dilabelkan sebagai 'rock leleh' oleh sesetengah peminat muzik. Ini kerana lagu ciptaannya mempunyai irama yang lembab dengan penulisan lirik yang kurang kreatif. Penulisan lirik lagunya tidak menggambarkan beliau seorang komposer muzik tetapi lebih kepada penulisan seorang pelajar sekolah yang sedang dilamun cinta. Di antara lagu yang mendapat sentuhan beliau ialah 'Rindu Serindu Rindunya' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spoon, 'Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta' oleh kumpulan Spring dan banyak lagi lagu yang mendayu-dayu yang telah dicipta oleh beliau. Mana perginya kualiti muzik rock seperti era sebelum ini?

2 comments:

sjankan said...

Rock adalah muzik yang tidak bertamadun langsung. Kalai imbas sejarah trdapat Zaman Batu dalam peradaban manusia. "Rock" sendiri pun membawa maksud batu.

Manusia pada zaman batu pakia cawat rambut tak terurus , seks bebas dan sebaginya. Muzik Rock pun hampir sama fungsinya.

Cubalah lihat cara mereka berpakaian , penggunaan dadah, seks bebas, tua tiada market baru nak insaf kononlah pemain-pemain muzik ini. Selain dariapad itu konsert-konsert mereka juga dihujang dengan budaya dan amalan seks bebas.

Jadi persoalan siapa hancurkan industri rock tanahair tak timbul sebab muzik Rock itu sendiri menghancurkan!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Kolot benar pemikiran saudara nih.

Saya adalah seorang pemuzik yang telah dilatih secara klasikal dan melanjutkan pengetahuan muzik saya di seberang. Di sana, saya telah dilatih dalam berbagai aspek mendalamkan pengetahuan saya, termasuk aspek klasikal, traditional, modern, haute coutoure, freeform & fusion, jazz dan sebagainya. Saya TIDAK pernah memandang rendah apa2 form pendengaran muzik dengan begitu sekali, kerana muzik sebenarnya adalah interpretasi universal, hanya inklinasi berbeza yang mengikut rentak kehidupan sesebuah tamadun atau kultur, peredaran zaman, bahasa dan kepercayaan, dan kadang2 bergantung kepada aspek teknologi juga.

Saya tidak segan silu berbalik kepada bermain muzik rock, bukan kerana saya ghairah dengan seks bebas atau amalan songsang atau penggunaan dadah atau pun dengan sebarang niat menghancur dan membusukkan nama saya, keluarga dan rakan2 saya. Saya bermain muzik untuk pendapatan (saya tidak nafikan) dan juga memenuhi kehendak kreatif saya. Saya juga sentiasa mencari ruang untuk mendalami pengetahuan, sepertimana yang dituntut dalam aspek2 pencarian pengetahuan yang lain, asalkan ianya tidak megundang kemudaratan atau perkara yang tidak baik.

Saya tidak ada masalah bermain muzik jazz, fusion, avant garde DAN juga ROCK (kegemaran saya). Malah sesetengah pemuzik di Malaysia mengambil kesempatan menyampaikan mesej2 murni dan berdakwah melalui ROCK. Akil Hay dan Abg Ramli boleh mantapkan pikiran saudara dalam hal ini.

Saya tak salahkan saudara kerana memberi pandangan sedemikian, kerana masing2 punyai pendapat sendiri. Tetapi jika sesuatu pendapat itu hendak disampaikan kepada umum, khasnya melalui saluran internet yang sebegini rupa, saya syorkan pendapat itu didukung dan dibelakangi dengan fakta yang liberal, tepat dan matang.

Riza