Sunday, July 13, 2008

BLOODSHED

Kumpulan Bloodshed atau Blackshed telah diasaskan pada tahun 1985. Mereka banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" yang telah diterbitkan pada tahun 1987 dengan berkonsepkan irama heavy metal. Pada tahun 1988 kumpulan ini tampil dengan album kedua bertajuk "SAMARKAND". Album ini telah menaikkan nama Bloodshed. Lagu hit mereka iaitu "Srikandi Cintaku"telah mendapat sambutan daripada peminat-peminat muzik rock tanahair. Setelah kejayaan album tersebut vokalis Bloodshed iaitu Rasdan berundur untuk menubuhkan band underground thrash metal Malaysia iaitu PUNISHER. Rasdan semakin dikenali di dunia underground manakala Bloodshed terus terumbang-ambing. Pada tahun 1990 Bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang mempunyai vokal seakan sama dengan Rasdan. Kumpulan BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara". Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibuk dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED. Pada tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) telah menganggotai kumpulan Fotograf sebagai "sessionist". Lagu "Luka Seribu Rindu" adalah hasil petikan gitar Opie dan bass Rawita.

7 comments:

Anonymous said...

band ni mmg best gua respect btul. lagu2 dia best berkualiti lirik pun best bukan mcm lirik eddy hamid. apa2 gua sokong band ni..

Anonymous said...

ok gak blog ni. tapi kalu ada mp3 lagu-lagu rock lama mungkin lebih menarik lagi.

https://www.blogger.com/

Anonymous said...

Saya bertuah kerana dapat bersama menjayakan album 'Villa Misteri' sebagai pemain keyboard undangan, menggantikan pemain keyboard mereka, Zana, yang tidak dapat bersama kerana kesibukan bekerja.

Sepanjang penglibatan saya di dalam pembikinan album ini bersama Blackshed, saya berani katakan yang ahli2 band ini memang cukup berbakat, tapi bakat yang mengkagumkan saya sebenarnya adalah bakat komposisi mereka. Lagu2 di dalam album ni semuanya sedap2 belaka, dan ini bukannya satu pencapaian yang mudah.

Opie, sememangnya pemain gitar yang amat kreatif. Dengar saja solo 'Mengenggam bara'. Solo ending tu satu take saja, selepas kami betting dengan Jacki, sound engineer, yang mengatakan Opie takkan lepas solo satu take. Bukan saja solo sekali jalan, sedap lak tuh.

Rawita, bass player yang amat konsisten dan steady. Pakai Fender Precision Bass sepanjang rekoding. Bunyi macam lampung, tapi bila abis rekoding, sound mantap giler. Heran aku...

Hamdan, drummer...seronok berborak dgn beliau sebab beliau banyak mencetuskan idea untuk bagaimana album itu direkodkan. Kreativiti, visi, fantasi si Hamdan ni mencetuskan ilham untuk lagu-lagu dalam album, contohnya 'Villa Misteri' (mengenai *censored*), 'Harimau' (mengenai perwira/pahlawan) dan 'Bermuda'.

Sayang seribu kali sayang, Blackshed tidak ada lagi. Bukan kebolehan bermain muzik mereka yang saya rindukan, tetapi kebolehan luarbiasa mereka menyusun dan menggubah lagu. Insyallah kalau diberi peluang, saya akan merasa cukup gembira kalau dapat bekerja dengan mereka sekali lagi...

Riza
riza2008@gmail.com

Hudanor said...

terima kasih diatas komen saudara. saya amat berbesar hati kerana org yg terlibat dlm industri muzik roock pada rock era 80an seperti saudara sudi menjenguk ke dlm blog saya. saya harap saudara ddpt memberi komen dan info tentang muzik rock lagi. blog ini bertujuan utk mengumpul semula peminat2 muzik rock era 80an.
majulah rock utk negara...

Anonymous said...

opie tak popular sebab dia tak nak........ merendah diri

Anonymous said...

Sekarang ni opie banyak dapat job sebagai sessionist di Bandung dan juga artis-artis di Malaysia. Antara artis-artis yang mendapat khidmat opie ialah Ruhil, Haleeda dan Jeslina Hamid. Opie jugak ada buat arrangement untuk lagu "Pokok Klapak" Marsha, tapi tak pasti lagu tu keluar atau tidak.

Saya sebenarnya tak tahu pun ramai yang "kagum" dengan dia sebab saya tidak meminati gitar sehinggalah pada suatu hari kawan saya yang meminati gitar found out yang saya ni anak buah opie. Dia lah yang bagitahu saya, betapa hebatnya opie ni-- oh ye ke?

Opie ni dia memang suka low profile walaupun ramai yang kagum dengan dia.Di rumah pun dia sangat pendiam. Kalau orang tak tanya dia takkan cerita apa-apa. Pada saya dia berkebolehan dalam bidang muzik. Dia boleh main drum dan keyboard, boleh baca note dan pernah jugak mencipta lagu. Semuanya learn by hard and tak pernah masuk mana-mana sekolah muzik.

Hobi masa lapang - main flight simulator kat PC, rasanya dah lebih 20 tahun main benda tu. Rasanya kalau dlm kapal terbang, kalau pilot tiba-tiba sakit, dia boleh take over...heheheeh... dia still bujang..Dalam hidup dia ada dua perkara yang penting GITAR & PC.