Thursday, July 31, 2008

Wednesday, July 30, 2008

FORUM MUZIK ROCK

KEPADA SEMUA PEMINAT-PEMINAT MUZIK ROCK. MALAYSIANROCKERS AKAN MENGANJURKAN FORUM BERKENAAN MUZIK ROCK DI ROCKERS CHATSPACE PADA HARI SABTU, 2 OGOS 2008 PUKUL 9 PAGI. SEMUA ROCKERS DIJEMPUT JOIN. TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN :
KUALITI MUZIK ROCK DI ANTARA ERA 80AN DAN ERA MILENNIUM.

Monday, July 28, 2008

KOMPOSISI LAGU ROCK TERBAIK

assalamualaikum....
Topik yang kita akan bincangkan kali ini adalah mengenai komposisi lagu rock yang terbaik pernah dihasilkan oleh komposer lagu rock pada era 80an. Komposisi lagu merangkumi semua aspek dari segi penghasilan lirik, muzik, vokal dan kualiti bunyi lagu itu sendiri.
Solo gitar terbaik juga diambil kira. Kepada semua peminat-peminat muzik rock boleh memberi komen mengenai topik ini.

Monday, July 21, 2008

GENERASI KASUT ALIPH


Kasut sukan berjenama Aliph mula dipasarkan pada pertengahan tahun 1980-an, iaitu ketika zaman kebangkitan muzik rock di Malaysia. Seperti mana yang diketahui umum, kasut sukan adalah antara aksesori penting yang melengkapkan gaya artis dan band rock pada zaman tersebut, tidak kira di Malaysia atau di luar negara. Sejak itu, pemakaian kasut sukan tidak lagi hanya untuk bersukan atau beriadah, tetapi telah menjadi sebahagian daripada fesyen dan kegunaan harian yang kekal hingga ke hari ini.

Thursday, July 17, 2008

KOD LAGU-LAGU ROCK LAMA

Assalamualaiikum.......
Rockers sekalian, sesiapa yang ingin memberi sumbangan kod lagu rock lama bole la hantar ke email gua beserta tajuk dan lirik lagu tersebut.

Wednesday, July 16, 2008

LAGU-LAGU MP3

Assalamualaikum.....
Perhatian kepada semua rockers, sesiapa yang ingin menyumbangkan lagu-lagu mp3 rock lama boleh la memberi sumbangan lagu bersama link download lagu tersebut melalui komen atau email di www.cicakkampung@yahoo.com

Sunday, July 13, 2008

BLOODSHED

Kumpulan Bloodshed atau Blackshed telah diasaskan pada tahun 1985. Mereka banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" yang telah diterbitkan pada tahun 1987 dengan berkonsepkan irama heavy metal. Pada tahun 1988 kumpulan ini tampil dengan album kedua bertajuk "SAMARKAND". Album ini telah menaikkan nama Bloodshed. Lagu hit mereka iaitu "Srikandi Cintaku"telah mendapat sambutan daripada peminat-peminat muzik rock tanahair. Setelah kejayaan album tersebut vokalis Bloodshed iaitu Rasdan berundur untuk menubuhkan band underground thrash metal Malaysia iaitu PUNISHER. Rasdan semakin dikenali di dunia underground manakala Bloodshed terus terumbang-ambing. Pada tahun 1990 Bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang mempunyai vokal seakan sama dengan Rasdan. Kumpulan BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara". Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibuk dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED. Pada tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) telah menganggotai kumpulan Fotograf sebagai "sessionist". Lagu "Luka Seribu Rindu" adalah hasil petikan gitar Opie dan bass Rawita.

Wednesday, July 9, 2008

Eddie Hamid Rosakkan Irama Rock


Muzik rock merupakan muzik yang kreatif dan indah bagi penggemar-penggemar muzik tempatan mahupun antarabangsa. Era 80an telah menunjukkan betapa muzik rock ini mendapat tempat di kalangan masyarakat dengan penghasilan muzik dan lirik yang berkualiti. Walaupun mempunyai pengaruh yang kuat daripada barat tetapi muzik rock di Malaysia masih mempunyai identiti sendiri. Eddie Hamid merupakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Segalanya Telah Berakhir' dan juga komposer lagu yang agak tekenal di Malaysia. Lagu ciptaan beliau banyak mendapat kritikan daripada komposer-komposer dan juga peminat muzik tanahair. Sehinggakan lagu ciptaan beliau dilabelkan sebagai 'rock leleh' oleh sesetengah peminat muzik. Ini kerana lagu ciptaannya mempunyai irama yang lembab dengan penulisan lirik yang kurang kreatif. Penulisan lirik lagunya tidak menggambarkan beliau seorang komposer muzik tetapi lebih kepada penulisan seorang pelajar sekolah yang sedang dilamun cinta. Di antara lagu yang mendapat sentuhan beliau ialah 'Rindu Serindu Rindunya' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spoon, 'Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta' oleh kumpulan Spring dan banyak lagi lagu yang mendayu-dayu yang telah dicipta oleh beliau. Mana perginya kualiti muzik rock seperti era sebelum ini?

Tuesday, July 8, 2008

Pudarnya Muzik Rock di Malaysia

Era 80an sehingga 90an merupakan era yang menaikkan nama pemuzik-pemuzik rock tanahair. Pada era tersebut kumpulan-kumpulan rock tumbuh bagaikan cendawan yang secara tidak langsung telah memeriahkan senario rock pada zaman itu. Penglibatan pihak-pihak berwajib telah banyak membantu kumpulan-kumpulan rock ini mengenengahkan bakat mereka.
Pada tahun 1983 Juara Rock telah diperkenalkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru kumpulan yang bermain muzik rock di Malaysia. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan D'Febians dan The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam) pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam.
Pada tahun 1984 terdapat sebuah lagi pertandingan ianya dinamakan Festival Rock 1984 yang telah berlansung di Dewan Jubli Intan, JB. Kumpulan yang bertanding pada ketika itu ialah Gersang, The Burmarks, Hurricane, The Hazzards dan The Five Years After.
Usaha-usaha untuk menaikkan martabat muzik rock pada ketika itu berterusan sehinggalah pada akhir 1990an.

Monday, July 7, 2008

Din Kembali ke Pangkuan Search

SEARCH menyambut tahun baru 2008 dengan cara tersendiri – membuat persembahan pembukaan Countdown Concert @ KLCC pada malam tahun baru, dengan kejutan untuk peminat-peminat mereka: Din kembali menyertai SEARCH!

Din, atau nama sebenarnya Nordin Mohd Taib telah menganggotai kumpulan SEARCH sejak tahun 1983 tetapi telah keluar pada tahun 2006. Atas permintaan peminat SEARCH sendiri, lembaran 2008 telah menyaksikan Din kembali ke pangkuan SEARCH sebagai gitaris kedua. Istimewanya,lineup terbaru SEARCH ini - Amy, Nasir, Yazit, Hillary dan Din adalah lineup ketika album Mentari Merah Di Ufuk Timur!

SEARCH telah menggegarkan KLCC dengan persembahan bertenaga di Countdown Concert @ KLCC melalui lagu Isabella & Gothik Malam Edan.

http://www.manggaonline.com.my/UserFiles/Image/berita/search_big2.jpg

Kini SEARCH semakin gagah dan bersemangat untuk menggegarkan dunia muzik dengan irama rock n roll!!

Sunday, July 6, 2008

Kenapa muzik rock sekarang tidak memberi impak yang kuat berbanding dengan muzik rock dulu?

Pada pendapat rockers sekalian, kenapa muzik rock dulu lebih memberi impak kepada golongan remaja sekarang? Muzik rock era 80-90an masih lagi berkumandang di corong-corong radio dan menjadi halwa telinga kepada kita semua golongan rockers sekalian. Sehinggakan ada yang menjadikan muzik rock era ini sebagai ringtone untuk telefon bimbit mereka, lagu wajib di pusat-pusat karaoke dan pusat-pusat jamming. Adakah impak ini disebabkan lirik dan muzik lagu-lagu ini berkualiti ataupun mentaliti masyarakat kita yang menyukai perkara ataupun benda yang evergreen yang dapat mengimbau nostalgia dulu?

Rock Kapak

Salam sejahtera, blog ini diwujudkan untuk peminat-peminat muzik rock di malaysia terutamanya rock 8Oan dan 90an tak kira tua ataupun muda asalkan anda peminat muzik rock. Rockers boleh menghantar komen atau pendapat tentang blog ini, nak bertukar pendapat dan cadangan pun boleh. Kalo ada sesiapa yang ada info terkini tentang konsert ataupun kumpulan rock yang dah lama berkubur, lagu-lagu mp3, projek band sendiri, nak jual kaset-kaset rock, t-shirt boleh kongsi bersama dengan rockers yang lain. Semua perkara atau benda yang berkaitan dengan rock adalah dialu-alukan asalkan rock. Keutamaan diberikan kepada rock 80an dan 90an di Malaysia era kumpulan Sweet charity, Lefthanded, Sofea, SYJ, Wings, May, Search kalau nak sebut semua memang sampai ke malam pun tak habis. Ok, rockers semua bersedia untuk menaikkan martabat MUZIK rock di Malaysia.
ROCKERSMANIA